SEJARAH RUNTUHNYA MANDAT RAKYAT DI MALAYSIA 2020

SEJARAH RUNTUHNYA MANDAT RAKYAT DI MALAYSIA Dekad baru dengan menantikan pencapaian Wawasan 2020 di Malaysia mencatat sejarah tersendiri. Bermula dengan jatuhnya sebuah parti gabungan terbesar dan terlama dalam sejarah pemerintahan selepas merdeka iaitu Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018 sehingga robohnya kerajaan yang dipilih melalui kuasa undi rakyat itu. 9 Mei 2018 melalui PRU ke-14, tiada siapa menyangka sejarah bakal tercipta demikian. Satu Malaysia terpana, satu dunia terkesima bagaimana Malaysia dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimennya dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa rusuhan, tanpa menumpahkan darah, tanpa kekerasan. Mereka yang biasa menang dan berada di tampuk pemerintahan tersentak, manakala yang baru mengambil alih kerajaan terkejut dengan perjuangan dan kemenangan yang tiba-tiba. Maka bermulalah episod pemerintahan yang dahulunya pembangkang kini menjadi kerajaan. Yang menjadi kerajaan kini menjadi pembangkang. ...