Posts

Showing posts from August, 2017

BFRENZ : QURBAN FOR MUALAF

Image
D aripada A’isyah, Rasulullah bersabda; Maksudnya; “ Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan . ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi) dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib) Qurban4Mualaf* Bersama HCF untuk melaksanakan ibadah Qurban di samping menyantuni mualaf di Eiduladha. Raikan mereka dengan sembelihan daging qurban agar mereka merasai kehangatan ukhuwwah dan perayaan besar dalam Islam dan menghayati erti qurban dalam Islam. Lembu : RM690/bhgn Kambing : RM1200/ekor Akaun : Hidayah Centre Foundation Maybank : 5622 0...

Inilah Kerehatan Sebenar - Dedikasi buat Arwah Akh Hasni Marjumat

Image
BERITA MELULUHKAN JIWA 10 OGOS 2017 | MALAM JUMAAT - Terima berita kembalinya seorang sahabat, teman dan guruku iaitu Roshasni Marjumat. Walaupun ia berita yang tidak mengejutkan namun perkhabaran itu sangat meruntun kesedihan. Tergambar kembali segala kenangan bersamanya dalam aktiviti-aktiviti dalam jamaah. Apatah lagi kenangan bersama ketika satu pejabat yang mana beliau menjadi bossku. Berita kesedihan ini dimulai dengan berita beliau mengidap kanser buah pinggang. Suamiku sebagai naqib beliau memaklumkan kepadaku. Termenung aku seketika bila mendengar berita tersebut. Seperti tidak menyangka bahawa beliau akan mengidap penyakit itu. Apatah lagi suamiku memberitakan bahawa penyakitnya pada peringkat yang agak kritikal setelah disahkan oleh hospital. Terus aku terbayangkan wajahnya yang sentiasa senyum dan mempamerkan sikap kelembutan beliau dalam tutur kata sepanjang mengenalinya. Aku sendiri tidak mengingati bagaimana permulaan aku mengenalnya. Namun yang pasti beliaulah...

APA ITU HIDAYAH CENTRE FOUNDATION?|TV ALHIJRAH|

Image
Hidayah Centre Foundation (HCF) sebuah Yayasan yang berdaftar di bawah Biro Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, Malaysia. Bergerak dalam masyarakat sejak 2005 memfokuskan santunan saudara baru, kini telah berdaftar sebagai yayasan pada 29 Feb 2012. Lebih 10 tahun pergerakannya kini HCF terus mengorak langkah lebih jauh dengan memfokuskan kepada tiga MISI yang ingin dicapai iaitu : 1. Menyampaikan mesej Islam yang jelas kepada masyarakat berbilang kaum 2. Menjelaskan salah tanggap terhadap Islam 3. Menyantuni Saudara Baru

BFRENZ : RM1 SEHARI BANTU MUALAF DAN DAKWAH

Image
ANSAR Initiative : RM1Sehari Ansar Initiative RM1 per day adalah satu usaha Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk mengajak orang ramai menyumbang dengan mudah serendah RM1 sehari . Dengan Ansar Initiative RM1 per day anda dapat bersama-sama dalam usaha menyampaikan mesej Islam yang sebenar kepada orang ramai. Ansar Initiative RM1 per day juga bertujuan membantu golongan saudara baru yang baru berhijrah kembali kepada agama Islam sebagai jalan hidup mereka. Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak [Al Hadid : 18] PENYERTAAN ONLINE SILA KLIK : http://hidayahcentre.org.my/ansar/