Posts

Showing posts from January, 2019

2019 : MENDEPANI PERUBAHAN PADA MALAYSIA BAHARU

Image
Alhamdulillah, setiap hela nafas yang kita sedut dan hembus pada hari ini, pada tanggal 1 Januari 2019, petanda kita masih bernyawa. Masih hidup menghirup udara di bumi Allah ini. Hidup untuk meneruskan perjuangan sebagai khalifah, hamba yang diciptakan oleh-Nya untuk mengEsakan-Nya, tunduk patuh pada-Nya dan memakmurkan bumi ini. Diutuskan Rasululllah dengan Al qurban sebagai ikutan dan tauladan dengan deen yang sempurna iaitu Islam sebagai rahmat untuk sekalian Alam. Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 107: dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. 2019 YANG MENGUJAKAN! Sungguh! Pastinya ramai yang merasakan tahun baru 2019 yang terlalu banyak perkara baharu dan berbeza. Bukan sekadar banyak akan tetapi terlalu besar perbezaan. Perbezaan yang paling besar adalah apabila rakyat Malaysia telah berjaya mengubah kerajaan yang sama memimpin   selama 63 tahun selepas pilihanraya umum pertama iaitu ...