Membina Kerjaya di NGO

Kerjaya di NGO mungkin kurang popular dalam kalangan lepasan universiti. Ia bukanlah satu peluang yang ditunggu-tunggu. Ini kerana kerja di NGO biasanya kurang popular atau dengan kata lain kurang 'glamour'. Apatah lagi gaji yang ditawarkan juga adalah kecil. Namun entah mengapa aku sendiri terpanggil untuk bekerja dengan NGO walaupun ketika itu aku sudah memiliki ijazah sarjana. Sudah pasti mudah untuk mencari pekerjaan sekurang-kurangnya memohon jawatan tutor di mana-mana universiti. Namun ia tidak berlaku sebaliknya aku memilih kerjaya di NGO yang bernama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Di sini ku temui kepuasan dalam menjalankan kerja. Sejujurnya aku tidak pernah merasa 'monday blues' sepanjang bekerjaya di sini. Setiap hari Isnin bagi aku hari yang sangat ku tunggu-tunggu. Semua yang dibuat penuh semangat. Lagi aku suka kerana aku boleh meneroka suatu bidang yang aku ceburi itu dengan lebih terbuka. Kini alhamdulillah hampir 13 tahun aku berkhidmat d...